Wednesday, July 10, 2013

CoReTaN sEoRaNg TeNaGa PeNgAjAr JuNiOr PaRt 4

Apabila memandang anak-anak didikku pada minggu ini, aku menjadi sayu... Sangat-sangat sayu. Aku terpaksa berpisah dengan mereka semua memandangkan Jumaat ini adalah hari terakhir aku berkhidmat di sekolah.. huhuww sedihnya!! Bergenang selalu airmata ni, adoyai.. Tanpa ku sedari ku sayang semua anak-anak muridku...

Wednesday, June 26, 2013

CoReTaN sEoRaNg TeNaGa PeNgAjAr JuNiOr PaRt 3

Masih ingat tak yang sebelum ni yukie kata yukie dah nak tinggalkan sekolah, dah habis kontrak perkhidmatan... Pada tarikh 3 Mei 2013 betapa sedihnya hati ni nak tinggalkan anak-anak murid yang mula mendapat tempat istimewa dalam hatiku.. Terutamanya Tingkatan 2 Ibnu Rusyd.. Almaklum la yukie bukan setakat mengajar mereka tapi merangkap guru tingkatan.. Walaupun mereka ni kebanyakannya nakal-nakal, tapi di hati yukie mereka semua sweet sangat-sangat! Walaupun kelas ni sentiasa ada buat masalah, siap feymes lagi dengan Cikgu Bakar dan Ustaz Tajuddin, yukie tetap sayang mereka... adoyai, susah betul jadi diriku ini, cepat jatuh sayang! Untuk tujuan kenang-kenangan, kami pun bergambar...



Ahahaha :) jangan risau bukan 2IR aje yang bertakhta di hati Cikgu Yusra ni..! Terasa lagi berat hati ni nak meninggalkan kelas 4 Ibnu Sina. Lagi la banyak ragamnya, walaupun belajar Biologi tapi tak gaya macam budak sains pun.. Tak de stress2 kan? ahahaha :D Untuk 4IS, yukie tinggalkan mereka sebuah lagu agar mereka sentiasa bersemangat, terus maju ke hadapan dan supaya nama Cikgu Yusra ni sentiasa terukir di ingatan mereka.. Malu oooo nyanyi dalam Lab Bio.. Tapi x pe la, sekali sekala ye x?? Ni la 4IS yang disayangi:::



Yang perempuan semua sopan-sopan and sweet2.. Ahahahaha, yang mahal tu budak-budak lelakinya sporting and fun! Siap buat gaya Gwiyomi lagi >.< Definitely won't forget you guys!

Selepas tamat sesi persekolahan, yukie melangkah dengan berat meninggalkan sekolah.. Sambil memujuk hati ni that everything will turn out just fine..

Eh2, tahu-tahu malam tu dapat panggilan daripada PPD mengatakan bahawa kontrak yukie disambung lagi tiga bulan menggantikan Cikgu Roshaniza yang baru ambil cuti bersalin! Waaah gembiranya hati bukan kepalang! Bila fikir-fikir balik, kelakar pun ada! Poyo aje sedih-sedih, siap budak-budak buat jamuan perpisahan, bagi hadiah, bergambar apa sume.. hehehehe, mereka mesti terkejut bila tengok Cik Yusra ni akan masih berada di sekolah...! Well takdir menentukan yukie berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lebih panjang... Alhamdulillah, syukur....

Sunday, May 5, 2013

Time Machine...beep..beep..back to 21 April 2013

Hari bersejarah, tarikh yang akan kekal sebagai tarikh keramat bagi diriku... tepat jam 6.40 petang aku eksiden di jalan ketapang, pekan. MasyaAllah, tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata apa yang berlaku.. Kereta berpusing 5 kali terbabas langgar penghadang besi tepi jalan. Kemudian tersadai melintang tengah jalan. Pada ketika itu kaki ku tersepit, pintu kereta tak bleh bukak, tatkala itu adikku menjerit ''kak ina, LORIIIII!!!!''. Lalu ku pandang sebelah kanan, ternampak la lori yg besar dan laju. Adikku dengan segera melompat keluar berkaki ayam melarikan diri sementara aku tersepit. Masa itu aku mendengar azan berkumandang dengan sangat kuat di telingaku. Aku cuba untuk meloloskan diri namun tek berjaya.. Aku pasrah, aku tawakkal padaNya. Andai inilah ajalku...aku mengucapkan syahadah..Namun tiba-tiba mataku silau dengan kilauan cahaya biru. Oh kereta peronda polis, mereka cuba untuk memperlahankan lori itu. Alhamdulillah lori itu sempat brek...jarak antara lori dengan kereta sedepa aje mase tu.. Kemudian aku dikeluarkan dari kereta oleh orang-orang kampung.... Kepala ku rasa pening akibat hentakan yang kuat di cermin pintu dan di stereng kereta... Aku blurr... blurr sangat-sangat! Orang tanye apa pun time tu aku boleh jawab ''tak tahu, saya tak tahu.''

Kereta ku, Snow, remuk teruk... Astaghfirullahalazim..! Ya Allah apakah dugaan ku kali ini... Aku masih tidak stabil ketika itu... Ingin ku ceritakan lebih lanjut namun kenangan ini begitu pahit dan tragis bagi ku...

Thursday, April 25, 2013

Bersabarlah Wahai Adikku


Dimana2 saja ada cabaran, ujian dan dugaannya..hanya Bentuk, cara ujian yg dihadapi itu yg berbeza..kdg2 ujian ktika kita bahagia samada kita bersyukur atau sebaliknya..ketika kita sakit kita putus asa atau berpegang padaNYA, ketika kita gembira adakah kita ingat akan pesanannya yg terdapat dlm ayat2 al-quran dan hadith2 NabI atau kita terlalu gembira sampai xigt akhirat..masalah jgk..,ketika kita susah dan senang adakah kita ingat dn dekatkn diri padaNYA atau pon sebaliknya..itu semua lumrah hidup..

Apalah erti kehidupan jika tiada Ujian, Dugaan dan Cabaran?..suka duka, susah senang, kaya miskin semua adalah ujian yg diberikanNYA, Ujian itu juga merupakan satu tarbiyyah dari ALLAH..terutama dalam menegakkan yg benar dan yg adil memang saya tak nafikan dugaannya lagi besar..kerna setiap ujian samada kecil atau besar tujuannya hanyalah ingin menguji tahap keimanan kita kepadaNYA...tahap kesabaran kita sampai tahap mana?..kita boleh bersabar atau sebaliknya..Semuanya termasuk dlm nikmat dari ALLAH..dan dari setiap pengalaman yg kita lalui itulah yg membentuk diri kita kelak menjadi lebih matang dan bersahsiah...Insyaallah..

Janganlah bersedih wahai Adikku dan temanku..sesungguhnya setiap perjuangan yg kita hadapi akan dihiasi luka2 yg perit kerna jikalau perjuangan itu mudah..xde ujian dn dugaan adakah ia bernilai dan bermakna di sisiNYA??..Hanya ALLAH yg mengetahui apa yg tersirat di balik ujian yg dberikanNYA..dan setiap keperitan yg dilalui ada kemanisannya yg kita dapat..Insyaallah jikalau bukan didunia tapi di akhirat kelak dan JANJI ALLAH itu benar!!

Saya doakan adik2 dan teman2 seperjuangan dan semua umat Islam yg xpernah penat dan jemu serta sabar dan tabah dlm mempertahankan agama Islam dari dicalar dan digadai maruah..Semoga anda semua sentiasa dibawah LindunganNYA, dibawah RahmatNYA, dibawah HidayahNYA...Insyaallah selagi anda berjuang tegakkan AGAMANYA(DINNYA), AMALANNYA, DAN PEGANGANNYA!!...Aminn..^_^

P/S: Adikku jgn bersedih..jgn berputus asa, dan sentiasalah sabar dan tabah menghadapinya..jangan lupa ada lagi yg setia dan sentiasa mendengar masalahmu..ALLAH sentiasa setia disisi hambaNYA..hanya hambanya yg sentiasa lupa padaNYA..rintihkanlah masalahmu padaNYA, tangislah padaNYA..nescaya DIA tak pernah meninggalkan dirimu..Insyaallah..^_^


Sunday, April 21, 2013

CoReTaN sEoRaNg tEnAgA pEnGaJaR jUnIoR pARt. 2

Masih ku ingat masa kali pertama menjejakkan kaki di SMK Sungai Soi ni sebagai Guru Ganti... Masa tu environment sekolah ni sangat diam...tenang aje.. Dalam hatiku terdetik "hm, bagus nye sekolah ni...budak-budak pun berdisiplin."

RUPA-RUPANYA, mereka tengah menduduki Peperiksaan Penggal Pertama... Ceh patut la aman dan tenang suasananya... Hari pertama tu jugak aku dapat kertas jawapan peperiksaan Biologi Tingkatan 4 Ibnu Sina dan 5 Ibnu Sina... Terkial-kial aku dibuatnya...mane nak cekau skema jawapan ni??

Fuuhhh..Fuuuhh tarik nafas panjang-panjang dan ku cuba utk review soalan-soalan mereka dahulu...ooooo tentang ini... Maka aku pun mula menanda kertas tersebut satu per satu... Hm, tak la rumit sangat... Sampai la kepada kertas dua, ku mula menahan perut daripada tergelak *almaklum la, dalam bilik guru, mane bleh gelak AHAHAHAHAHA, nanti mengganggu cikgu-cikgu lain, kene pangkah aku nanti*.. Dah tak tahan sangat aku menunda kerja menanda kertas untuk disambung dirumah..

Haish macam-macam jawapan pelik-pelik yang mereka ni bagi... Agaknya kuat sangat bertafakur, bertawakkal dan memerah otak masa jawab soalan peperiksaan sampai berputar-putar jawapan yang diberi! >.< Yang paling tak boleh blah, ade budak tu, soalan suruh lukis sel tumbuhan dalam larutan hipertonik...DIA PERGI LUKIS SEL KANGKUNG dalam bikar...ADOI...memang gelak terguling-guling gua dibuatnya...

Adeh anak-anak biologi ku. Tak pe, nanti bila cikgu masuk mengajar nanti cikgu akan cuba yang terbaik untuk membantu kamu semua memahami subjek Biologi ini dengan lebih mendalam... InsyaAllah~~~

Di bawah ni ade koleksi kertas peperiksaan yang lawak-lawak...Moh kita gelak sakan bersama-sama!!






Friday, April 19, 2013

CoReTaN sEoRaNg TeNaGa PeNgAjAr JuNiOr



Semenjak menjadi tenaga pengajar ni, banyak mende yang menimpa diriku.. Sampai tahap ada cikgu-cikgu lame kat sekolah tu cakap bahawa diriku ini tabah dan tenang dalam menghadapi dugaan.. Alhamdulillah aku bukan seorang yang cepat melatah apabila musibah melanda diri... Selain itu menjadi tenaga pengajar ni banyak memberi pengajaran pada diriku... Dapat kenal dengan students yang macam-macam kerenahnya..ada yang nakal...ada yang tersipu-sipu malu... COMEL BELAKA! Kadang-kadang tu rase tak sabar-sabar nak ke sekolah nak jumpa mereka semua..

Tetapi, tinggal lagi tiga minggu aku akan berkhidmat sebagai guru ganti...Selepas itu, Cikgu Sharifah Kamariah akan kembali bertugas seperti biasa.. Maka aku perlu mengundurkan diri.. Macam mana akan aku handle perpisahan kali ini???? Haaa kita tengok nanti >.<

HOW AM I GOING TO SAY GOODBYE TO THEM. . . . . .

Monday, March 25, 2013

Bingkisan Cinta



Aku x berapa pasti dgn apa kemahuan hati dan perasaanku, aku mahu menemuinya tetapi aku x tahu ke mana harus aku pergi. Teringin utk melihat wajahnya, lirikan matanya, dan juga senyumannya. Betapa ku rindu saat dulu, saat kami sentiasa bersama. Saat aku dan dia bagai belangkas, melekat berdua x kira ke mana pun. 

Oh betapa ku rindu saat pertama dia memegang tanganku. Dapat kurasakan kehangatan tangannya yang begitu dekat, kejap, lembut memegang tanganku. Ingin sekali diriku merasai lagi kehangatan tangannya. Sayang ku amat amat merindui mu. Hadirlah dihadapanku sayang. Asalkan aku dapat melihat dirimu, itu sudah cukup menjadi pengubat rinduku yang memuncak! 

Sayangku, apa yang ku pinta darimu adalh, hadirlah di hadapanku, walaupun sekali. Agar aku dapat menghilangkan rasa rindu yang berat, yang sudah x dapat ditanggung oleh hatiku yang kecil ini. Ya Allah, pertemukan lah kami berdua, berikanlah kami kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat kami. Amiin...
Leelou Blogs