Monday, August 22, 2011

Kisah adikku YUSRA NABIHAN

Dah lame rasenye tak berkunjung ke blog sendiri...banyak mende yang berlaku semenjak mula bercuti lepas habis short sem hari tu....... hurm, sepanjang cuti dua bulan ni yuki langsung x bekerja officially ngan mane2 syarikat, cuma tolong abah serba sedikit belah=jar macam mane nak running business dia...and jadi home tutor bagi budak2 SPM, PMR dan UPSR. Alhamdulillah, terisi jua cuti kali ni.

Satu benda yg yuki nak cerita kat sini, dalam bulan lepas, adik yuki ade yang masuk hospital, dia disahkan sakit appendix dan perlu segera dibedah..ya Allah mase yuki dengar berita tu dari mulut doktor sendiri, yuki rase macam nak pengsan (yuki yg bawa adik gi klinik then terus kene refer ke hospital besar), yuki sedih sangat sebab yuki sayang adik yuki sangat2 and kesian kat adik sebab dia nak menduduki peperiksaan SPM tahun ni.. Ya Allah, besarnya dugaan adikku.

Adik yuki everytime dia nak duduki peperiksaan yg penting mesti ade aje dugaan, masa PMR dulu dia kene demam campak, masa UPSR dulu dia sakit jugak, tapi ujian kali ini terlalu berat.... hm, terasa sedikit bertuah kerana kali ini yuki boleh berada di sisi dia menemani dia sepanjang dia sakit. Kalau masa dulu2 yuki x de sebab duk kat asrama jadi x dapat nak balik jenguk dia (jauh asrama dari rumah dalam 12 jam gitu) jadi dulu2 yuki dapat mendoakan yg terbaik bagi adik dari jauh aje.

Setelah semalaman adik di hospital, akhirnya adik konfem akan dibedah, lalu mama bertanya ''sudah sedia ke? sudah cukup amalan mu?'' adik gelak aje lepas tu mama kate ''kita tak tahu ape akan berlaku, walaupun org cakap yg prosedur ni senang, tapi macam2 boleh berlaku semasa pembedahan, berdoa adik, istighfar banyak2'' lalu adik tersentak dan sedar lalu bergenang air mata di matanya. Akhirnya adik dimasukkan ke dewan bedah jam 2.30pagi. Yuki tanpa berlengah terus ke surau dan solat hajat serta membacakan yasin buatnya.. Ya Allah selamatkanlah adikku. Jam 5.30pagi baru pembedahan selesai. Alhamdulillah tak de ape2 komplikasi syukur....

Selepas pembedahan tersebut, adik yuki dah tak seperti dulu. Mahu ke mane2 pun perlu dipapah. Tidak mengapa adikku, kakakmu akan menjagamu sebaiknya....
disini saya kongsikan beberapa gambar adik di hospital:

sayunya hati seorang kakak melihat adiknya terlantar sakit begini, setiap kali melihatnya airmataku bergenang namun ku tahan daripada mengalir jatuh ke pipi. Adik, kuatkan semangat ye!
p/s: yang tak tahan tu sakit2 pun nak mintak makan sedap2 ye! siap suruh yuki pergi beli mcdonald lagi! x pe adik, selagi kakak mampu, kakak tolong....

tak bermaya langsung airmuka adikku =(

ni la kesan pembedahan tu...


ni masa kawan2 sekolah adik datang melawat...habis kecoh satu wad tu! org yg lalu lalang pun intai2 ingat sape yg famous sgt tu sampai ramai org datang lawat! haha :P apa2 pun, trimas sebab ingat and care about my lil sis okies-! (inilah kehebatan persahabatan, same2 senang same2 susah!)

Sekarang adik sudah semakin sembuh, tapi masih sakit sedikit2 katanya. Sekarang yuki bersyukur sangat sebab adik dah semakin bersemangat dan rajin mengulangkaji pelajaran bagi menduduki SPM. Mungkin inilah hikmah disebalik semua ini berlaku. Sebelum ini adik macam endah tak endah aje nak Spm, penat yuki, mama dan abah nasihatkan dia. Tapi dia tak nak dengar. Sekarang semua sudah berubah ke arah yang lebih baik. Terima kasih di atas anugerah-MU ini ya Allah.
Leelou Blogs