Thursday, April 25, 2013

Bersabarlah Wahai Adikku


Dimana2 saja ada cabaran, ujian dan dugaannya..hanya Bentuk, cara ujian yg dihadapi itu yg berbeza..kdg2 ujian ktika kita bahagia samada kita bersyukur atau sebaliknya..ketika kita sakit kita putus asa atau berpegang padaNYA, ketika kita gembira adakah kita ingat akan pesanannya yg terdapat dlm ayat2 al-quran dan hadith2 NabI atau kita terlalu gembira sampai xigt akhirat..masalah jgk..,ketika kita susah dan senang adakah kita ingat dn dekatkn diri padaNYA atau pon sebaliknya..itu semua lumrah hidup..

Apalah erti kehidupan jika tiada Ujian, Dugaan dan Cabaran?..suka duka, susah senang, kaya miskin semua adalah ujian yg diberikanNYA, Ujian itu juga merupakan satu tarbiyyah dari ALLAH..terutama dalam menegakkan yg benar dan yg adil memang saya tak nafikan dugaannya lagi besar..kerna setiap ujian samada kecil atau besar tujuannya hanyalah ingin menguji tahap keimanan kita kepadaNYA...tahap kesabaran kita sampai tahap mana?..kita boleh bersabar atau sebaliknya..Semuanya termasuk dlm nikmat dari ALLAH..dan dari setiap pengalaman yg kita lalui itulah yg membentuk diri kita kelak menjadi lebih matang dan bersahsiah...Insyaallah..

Janganlah bersedih wahai Adikku dan temanku..sesungguhnya setiap perjuangan yg kita hadapi akan dihiasi luka2 yg perit kerna jikalau perjuangan itu mudah..xde ujian dn dugaan adakah ia bernilai dan bermakna di sisiNYA??..Hanya ALLAH yg mengetahui apa yg tersirat di balik ujian yg dberikanNYA..dan setiap keperitan yg dilalui ada kemanisannya yg kita dapat..Insyaallah jikalau bukan didunia tapi di akhirat kelak dan JANJI ALLAH itu benar!!

Saya doakan adik2 dan teman2 seperjuangan dan semua umat Islam yg xpernah penat dan jemu serta sabar dan tabah dlm mempertahankan agama Islam dari dicalar dan digadai maruah..Semoga anda semua sentiasa dibawah LindunganNYA, dibawah RahmatNYA, dibawah HidayahNYA...Insyaallah selagi anda berjuang tegakkan AGAMANYA(DINNYA), AMALANNYA, DAN PEGANGANNYA!!...Aminn..^_^

P/S: Adikku jgn bersedih..jgn berputus asa, dan sentiasalah sabar dan tabah menghadapinya..jangan lupa ada lagi yg setia dan sentiasa mendengar masalahmu..ALLAH sentiasa setia disisi hambaNYA..hanya hambanya yg sentiasa lupa padaNYA..rintihkanlah masalahmu padaNYA, tangislah padaNYA..nescaya DIA tak pernah meninggalkan dirimu..Insyaallah..^_^


Sunday, April 21, 2013

CoReTaN sEoRaNg tEnAgA pEnGaJaR jUnIoR pARt. 2

Masih ku ingat masa kali pertama menjejakkan kaki di SMK Sungai Soi ni sebagai Guru Ganti... Masa tu environment sekolah ni sangat diam...tenang aje.. Dalam hatiku terdetik "hm, bagus nye sekolah ni...budak-budak pun berdisiplin."

RUPA-RUPANYA, mereka tengah menduduki Peperiksaan Penggal Pertama... Ceh patut la aman dan tenang suasananya... Hari pertama tu jugak aku dapat kertas jawapan peperiksaan Biologi Tingkatan 4 Ibnu Sina dan 5 Ibnu Sina... Terkial-kial aku dibuatnya...mane nak cekau skema jawapan ni??

Fuuhhh..Fuuuhh tarik nafas panjang-panjang dan ku cuba utk review soalan-soalan mereka dahulu...ooooo tentang ini... Maka aku pun mula menanda kertas tersebut satu per satu... Hm, tak la rumit sangat... Sampai la kepada kertas dua, ku mula menahan perut daripada tergelak *almaklum la, dalam bilik guru, mane bleh gelak AHAHAHAHAHA, nanti mengganggu cikgu-cikgu lain, kene pangkah aku nanti*.. Dah tak tahan sangat aku menunda kerja menanda kertas untuk disambung dirumah..

Haish macam-macam jawapan pelik-pelik yang mereka ni bagi... Agaknya kuat sangat bertafakur, bertawakkal dan memerah otak masa jawab soalan peperiksaan sampai berputar-putar jawapan yang diberi! >.< Yang paling tak boleh blah, ade budak tu, soalan suruh lukis sel tumbuhan dalam larutan hipertonik...DIA PERGI LUKIS SEL KANGKUNG dalam bikar...ADOI...memang gelak terguling-guling gua dibuatnya...

Adeh anak-anak biologi ku. Tak pe, nanti bila cikgu masuk mengajar nanti cikgu akan cuba yang terbaik untuk membantu kamu semua memahami subjek Biologi ini dengan lebih mendalam... InsyaAllah~~~

Di bawah ni ade koleksi kertas peperiksaan yang lawak-lawak...Moh kita gelak sakan bersama-sama!!






Friday, April 19, 2013

CoReTaN sEoRaNg TeNaGa PeNgAjAr JuNiOr



Semenjak menjadi tenaga pengajar ni, banyak mende yang menimpa diriku.. Sampai tahap ada cikgu-cikgu lame kat sekolah tu cakap bahawa diriku ini tabah dan tenang dalam menghadapi dugaan.. Alhamdulillah aku bukan seorang yang cepat melatah apabila musibah melanda diri... Selain itu menjadi tenaga pengajar ni banyak memberi pengajaran pada diriku... Dapat kenal dengan students yang macam-macam kerenahnya..ada yang nakal...ada yang tersipu-sipu malu... COMEL BELAKA! Kadang-kadang tu rase tak sabar-sabar nak ke sekolah nak jumpa mereka semua..

Tetapi, tinggal lagi tiga minggu aku akan berkhidmat sebagai guru ganti...Selepas itu, Cikgu Sharifah Kamariah akan kembali bertugas seperti biasa.. Maka aku perlu mengundurkan diri.. Macam mana akan aku handle perpisahan kali ini???? Haaa kita tengok nanti >.<

HOW AM I GOING TO SAY GOODBYE TO THEM. . . . . .

Leelou Blogs