Wednesday, June 26, 2013

CoReTaN sEoRaNg TeNaGa PeNgAjAr JuNiOr PaRt 3

Masih ingat tak yang sebelum ni yukie kata yukie dah nak tinggalkan sekolah, dah habis kontrak perkhidmatan... Pada tarikh 3 Mei 2013 betapa sedihnya hati ni nak tinggalkan anak-anak murid yang mula mendapat tempat istimewa dalam hatiku.. Terutamanya Tingkatan 2 Ibnu Rusyd.. Almaklum la yukie bukan setakat mengajar mereka tapi merangkap guru tingkatan.. Walaupun mereka ni kebanyakannya nakal-nakal, tapi di hati yukie mereka semua sweet sangat-sangat! Walaupun kelas ni sentiasa ada buat masalah, siap feymes lagi dengan Cikgu Bakar dan Ustaz Tajuddin, yukie tetap sayang mereka... adoyai, susah betul jadi diriku ini, cepat jatuh sayang! Untuk tujuan kenang-kenangan, kami pun bergambar...



Ahahaha :) jangan risau bukan 2IR aje yang bertakhta di hati Cikgu Yusra ni..! Terasa lagi berat hati ni nak meninggalkan kelas 4 Ibnu Sina. Lagi la banyak ragamnya, walaupun belajar Biologi tapi tak gaya macam budak sains pun.. Tak de stress2 kan? ahahaha :D Untuk 4IS, yukie tinggalkan mereka sebuah lagu agar mereka sentiasa bersemangat, terus maju ke hadapan dan supaya nama Cikgu Yusra ni sentiasa terukir di ingatan mereka.. Malu oooo nyanyi dalam Lab Bio.. Tapi x pe la, sekali sekala ye x?? Ni la 4IS yang disayangi:::



Yang perempuan semua sopan-sopan and sweet2.. Ahahahaha, yang mahal tu budak-budak lelakinya sporting and fun! Siap buat gaya Gwiyomi lagi >.< Definitely won't forget you guys!

Selepas tamat sesi persekolahan, yukie melangkah dengan berat meninggalkan sekolah.. Sambil memujuk hati ni that everything will turn out just fine..

Eh2, tahu-tahu malam tu dapat panggilan daripada PPD mengatakan bahawa kontrak yukie disambung lagi tiga bulan menggantikan Cikgu Roshaniza yang baru ambil cuti bersalin! Waaah gembiranya hati bukan kepalang! Bila fikir-fikir balik, kelakar pun ada! Poyo aje sedih-sedih, siap budak-budak buat jamuan perpisahan, bagi hadiah, bergambar apa sume.. hehehehe, mereka mesti terkejut bila tengok Cik Yusra ni akan masih berada di sekolah...! Well takdir menentukan yukie berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lebih panjang... Alhamdulillah, syukur....
Leelou Blogs