Friday, January 7, 2011

ReNuNgKaN~~~


onion gifs emoticons


           Jangan kamu terlalu memandang, Rendah dan hina pada seseorang, Kerana Allah berkuasa mengubah hati kita... Janganlah menyangka diri kita sahaja, Yang baik dan mulia dari orang lain, Kerana kewujudan riak dan sombong... 

           Ramai insan yang sedar bahawa setiap perbuatan, Yang mereka lakukan akan mendapat balasannya, Tetapi apalah gunanya kesedaran jika, Tidak disertai dengan amalan dan penghayatan... 

          Apabila kamu dapat menguasai nafsu, Ia akan tunduk pada dirimu, Dan boleh dididik ke arah kebaikan, Dipesong ke arah keburukan... 

          Setiap kesalahan yang kamu lakukan seharusnya, Diiringi dengan kekesalan dan kesedaran agar kamu, Tidak digolongkan kepada golongan mereka, Yang akan beroleh kerugian... 

          Kita seringkali mengeluarkan keluhan, Andainya apa yang dihajati tidak berhasil, Tetapi sedarlah seharusnya kita bersyukur, Dan ingatlah bahawa tidak semua insan itu berjaya, Mendapatkan apa yang mereka mahukan...

          Maka ukirlah jiwa yang suci, Lengkaplah pula budi pekerti dan akhlak yang mulia, Tiada kebahagiaan pada paras rupa tetapi kebahagiaan, Muncul hanya pada jiwa yang murni...

No comments:

Leelou Blogs